Tergelak sendirian apabila membaca petikan suratkhabar NST dibawah yang bertarikh 10 oktober 2008
Datukship for Shah Rukh Khan
MALACCA: Popular Bollywood actor Shah Rukh Khan is among 77 people to be conferred the Darjah Mulia Seri Melaka (DMSM), which carries the title Datuk, in conjunction with the 70th birthday of Yang di-Pertua Negri Tun Mohd Khalil Yaakob today.
Setelah mendapat reaksi negatif dari pelabagai pihak, Ketua menteri Melaka telah memberi ulasan tentang penganugerahan ini.
“The chief minister respond to the people that, the decision to confer the title to Shah Rukh Khan was because to promote Malacca and his effort to promote malacca in his film ’0ne 2 ka 4′ at the A Famosa Resort several years ago. Because of the film,tourist to Malacca increased dramatically”
Apa agaknya yang sedang bermain dalam fikiran ketua menteri Melaka ini. Hanya beliau sendiri yang dapat memberi jawapan yang pasti. Tetapi diruang ini saya hanya dapat memberi pandangan peribadi saya terhadap situasi ini.
“Dalam tempoh lapan tahun tersebut, sebanyak 70.3% yang datang ke Melaka adalah pelancong domestik dan bakinya 29.7% adalah terdiri daripada pelancong asing.
Pada tahun 2007 sahaja, kita telah menerima kedatangan pelancong seramai 6.0 juta pelancong berbanding 5.1 juta pada tahun 2006 iaitu peningkatan sebanyak 18.1% dengan tempoh bermalam selama 1.87 malam. Dari segi pasaran asing pula, Singapura terus menjadi the market leader dengan syer sebanyak 19.3%, diikuti oleh China (17.0%), Indonesia (9.4%), Hong Kong (4.4%) dan Arab Saudi (4.3%).
Sumber: www.emelaka.gov.my
Berdasarkan laporan statistik kedatangan pelancong ke negeri Melaka, adalah jelas menunjukkan tiga perempat jumlah pelancong ke Melaka adalah pelancong tempatan.Dari jumlah pelancong luar Negara itu, sebahagian besarnya adalah pelancong dari Singapura dan China yang mana pasaran filem hindi tidak menjadi satu fenomena disana. Berdasrkan laporan ini bagaimanakah Ketua Menteri Melaka ini dengan begitu yakin memberi ulasan sebegitu. Saya amat yakin sekali bahawa pelancong-pelancong tempatan, Singapura dan China ini tidak melawat Melaka bersandarkan dari apa yg mereka lihat daripada filem Hindi tersebut.
Dimanakah kedudukan pelancong India dlm laporan itu? Saya masih tercari-cari.Jadi apakah maksud tersirat disebalik jawapan beliau itu. Kadang-kadang kita sendiri tidak menyedari ulasan yang tidak diperinci dapat menunjukan dimanakah tahap kematangan pemikiran individu itu sendiri.
Menguatkan lagi hujah tentang kematangan komen ketua menteri Melaka ini, kita boleh merujuk kepada petikan berita Harian Metro bertarikh 13 oktober 2008
Lebih 10 juta pelancong ke Malaysia
KUALA LUMPUR : Malaysia mencatatkan sejumlah 10.31 juta penginap asing dan 17.96 juta penginap domestik berdasarkan kajian penginapan hotel di seluruh Malaysia sehingga Jun lalu.
Menteri Pelancongan Datuk Azalina Othman Said berkata Kuala Lumpur menjadi pilihan utama pelancong asing yang mencatatkan 2.74 juta orang, diikuti Pahang (2.25 juta), Perak (1.21 juta), Pulau Pinang (938,273) dan Johor (814,305).
“Pahang pula menjadi destinasi utama pilihan pelancong domestik yang merekodkan sebanyak 4.18 juta diikuti Kuala Lumpur (2.34 juta), Perak (2.09 juta), Johor (1.72 juta) dan Sarawak (1.42 juta),” katanya menjawab soalan Datuk Ismail Abdul Muttalib (BN-Maran) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
*ternyata Melaka tidak berada di kedudukan teratas di dalam laporan itu.
Berkata tentang tahap kematangan pemikiran ketua menteri Melaka ini, teringat kembali saat-saat perkahwinan diantara Pak Lah dan Jeanne Abdullah. Kerajaan negeri Melaka telah bertindak pantas untuk menganugerahkan gelaran Datuk kepada Jeanne Abdullah, 3 minggu selepas mereka diijabkabulkan. Adakah ini dinamakan bodek versi zaman ini? Ketawa sendirian melihat telatah ahli politik sebegini..
Ramai menyedari ketua menteri Melaka ini adalah seorang ‘Oppoturnist’,tetapi kadangkala kita perlu berfikir dari sudut relevan juga terhadap setiap tindakan kita itu. Gelaran Datuk diwujudkan adalah untuk menghargai kepada sesiapa yang telah ‘TERBUKTI’ membuat jasa kepada negeri, tetapi dalam kes-kes sebegini, tindakan tersebut secara tidak lansung telah merendahkan martabat anugerah datuk yang telah diberikan oleh kerajan negeri Melaka.
Melaka telah dianugerahkan bandaraya warisan dunia oleh badan PBB UNESCO bersama dengan bandaraya Georgetown. Ini pada hakikatnya wajar lebih membawa makna berbanding promosi dari filem Hindi tersebut. Sambil tertanya-tanya, anugerah dari UNESCO ini lebih bererti dalam membawa pelancong ke Melaka ataupun penganugerahan gelaran Datuk kepada Shah Rukh Khan itu sendiri. Masing-masing ada pandangan tersendiri, jadi kembali kepada penilaian individu itu sendiri.
Jika benarlah bahawa filem hindi itu membawa perubahan besar kepada pelancongan Melaka, pihak kerajaan Malaysia perlu memikirkan untuk memberi sebarang gelaran kepada ‘Mark burnett’ kerana telah membuat siri ‘survivor’ di Pulau Tiga, Sabah.Ini telah terbukti membawa pelancong luar kepada Sabah dimana Pulau Tiga itu sendiri telah menjadi salah satu pakej pelancongan yang disediakan di Sabah.
Samada agenda penganugerahan Datuk adalah tindakan serampang 2 mata patut difikirkan juga, Ketua Menteri Melaka ini dalam proses meraih pencalonan dalam perebutan jawatan Timabalan Presiden UMNO pada tahun hadapan. Ini mungkin boleh dianggap taktik murahan beliau dalam meraih sokongan ahli UMNO dalam pencalonan ini.. tiada siapa yang tahu.. kita lihat bagaimana hasil pencalonan itu nanti. Buat masa ini beliau masih ketinggalan dalam mengejar kuota pencalonan dengan hanya mendapat 3 pencalonan daripada Parit Buntar, Kota Kinabalu, Kota Melaka.
*disaat UMNO mengalami krisis kredibiliti kempimpinan, ternyata tindakan kerajaan Melaka ini lebih memburukkan keadaan
Posted in Uncategorized